Thursday, October 18, 2012

SERONOKNYA BUAT & MAIN DOH!!CUTE...

Assalamualaikum...
Ha,kali ni post Cikgu T berkaitan dengan tema BUNGA. berbekalkan ilmu yang Cikgu T dapat masa pergi ke kursus di KL bulan2 lepas, Cikgu T apply la kat Pra...Jom buat clay sendiri..Gambar2 di bawah ni adalah hasil titik peluh & kreativiti kanak-kanak Pra Cikgu T sendiri tanpa bantuan @ scafholding sape2 pun...
Kanak-kanak ni memang kreatif.Terkejut Cikgu T tengok hasilnya...

Cantikkan...Pandai guna color...

Yang ni mungkin terlalu banyak berfikir nih..hihii

Ha.....siap ade pasu...& mate..huhu

Cara mudah nak buat bintik2 kat bunga,cucuk guna pensel..
Bgus2...KBKK berjalan...

Macam gambar edit pun ade kan...


Yang ni halus sikit kerjanye...


Kekangan aktiviti ni adalah masa...
masa kanak-kanak ni nak uli doh tu agak lama...
Jenuh jugak nak menanti...
Tapi x pe...hasilnyer Tip Top...huhuhu
SELAMAT MENCUBA!
cungkil bakat kanak-kanak nih...
x cuba x tau...










GRAFITI MERDEKA. MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Assalamualaikum dan salam kesyukuran daripada Cikgu T kepada semua pengunjung blog ini. Hari hari adalah hari kemerdekaan bagi kita..yela,dah lame negara kita merdeka.Sampai sekarang masih merdeka..
Antara aktiviti prasekolah Cikgu T adalah membina sebuah grafiti bertemakan kemerdekaan anjuran PPD k.Pilah..
Haaa..inilah lukisan yang Cikgu T lukis tok grafiti tu...t nak soh budak-budak pra warnakan..

Mule2 minta kanak-kanak ni warnakan gambar2 tu macam biasa.

seronok kanak-kanak ni dapat warne kat kain besar ni...Alhamdulillah kanak-kanak ni berbakat dalam mewarna menggunakan warna air...

Haaa...inilah hasilnyer....ade campurkan teknik capan sekali tu...cap guna batang dahan papaya.
Cantik kan....Cikgu T tak tolong warna pun...100% kanak-kanak pra ni yang buat..

JOM TANAM TAUGEH!!

Pada minggu ni Tema Prasekolah adalah tumbuh-tumbuhan. Dah lame da aktiviti ni dijalankan..cume baru sekarang Cikgu T berkesempatan tok update blog..
Maaf sangat2 sebab terlalu bz sejak kebelakangan ni...
Objektif utama Cikgu T adalah untuk menunjukkan kepada murid-murid pra ni yang bahagian tumbuhan asasnye mesti ada akar, batang, dan daun. Tumbuhan juga nak air, cahaya, dan udara.

Budak-budak ni xcited sangat bile tengak biji kacang yang mereka letak kat tisu basah tu da tumbuh.Seronok tengok..

Haa..yang ni pulak Cikgu T buat peringkat2 pertumbuhannyer... Dari kacang sikit-sikit jadi pokok taugeh..
Kalau dalam Prasekolah, aktiviti ni dinamakan projek jangka pendek..dalam 2 hari da dapat hasil..
Cubelah...Dedahkan murid-murid dengan pengetahuan sains secara dekat..simple, mudah, murah dan efektif..hehehe..