Tuesday, July 31, 2012

JOM BUAT KOLAJ


Assalamualaikum semua..
Post kali nie akan mendedahkan cara yang mudah untuk menghasilkan kolaj.
Kali ini, di bawah tema haiwan di air.

Mudah je...
Langkah pertama, beri satu beg plastik kepada setiap murid.
Langkah yang ke dua, bawa murid-murid prasekolah ke luar dan carilah pelbagai jenis ranting, batu, daun dan pelbagai lagi bahan-bahan alam semula jadi yang ada dalam kawasan sekolah. Masukkan setiap bahan yang diambil dalam beg plastik masing-masing.
Langkah seterusnya, bawa semula murid-murid ini ke dalam kelas dan mula merancang dan membentuk kolaj ikan menggunakan bahan-bahan tersebut.
Biar murid-murid buat sendiri dan guru hanya perlu beri idea tambahan.
Beri gam dan kertas A4 bewarna biru dan mereka akan mula berfikir...
YES! Kanak-kanak memang kraetif...
Tengok la hasilnya....
JENG,JENG,JEEENG......

Cantikkan....
Well, selamat mencuba...

Thursday, July 12, 2012

KURSUS BAHASA INGGERIS GURU PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya update blog ni walaupun sentiasa ditinggalkan masa.huhu
Okay, untuk makluman para pengunjung, Unit Prasekolah di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan memang sangat aktif.
Objektif kursus ni adalah untuk meningkatkan Profesionalisme BI dalam kalangan Guru Prasekolah.
Kali ini kursus diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur.
Best sangat...


Cikgu T da dapat ramai kawan baru...
yang ke 2 dari kiri tu Ilah. yang lain dalam proses nak kenal...hahaha



Kami telah diamalikan cara membina model-model objek menggunakan tepung, garam, food colouring, air dan minyak. Haaa...,tengok tu...orang yang da tua pun seronok buat doh ni...bolehla praktikkan dalam prasekolah masing-masing nanti.

Antara contoh-contoh model yang telah dibina adalah seperti di bawah:


Haaa...ini adalah model buah-buahan yang telah dibuat oleh kumpulan Cikgu T.
comel kan...Ape yang penting...kerjasama!


Haaa...tak leh makan tau burger ni...tengok aje bleh...


Ni la Cikgu Illah n Cikgu Hatta. Nadi kumpulan Cikgu T.takde diorang ni, msti senyap sunyilah group Cikgu T tu..


Doh makanan barat : Burger, roti pak cik John, kentang goreng n sandwich.


Doh kuih tradisional : ade kuih ketayap, donat, big apple nye donat pun ade, karipuff, buah melaka, n kuih lapis.


Doh makanan emmmm...ni kategori ape ek? Ni nasi ujan panas nih...ade ayam goreng, telur n timun..


Okay, yang ni special sangat tau..percaya tak doh yang ni boleh makan...iye...boleh makan...
bahan-bahan nye simple : susu tepung, madu, n peanut butter.Pas tu buh la food colouring yang sesuai...
SEDAAAAAP.....


Bunga matahari....nape bersedih nie....jgn sedih tau...jap g kne makan...hahaha


Bunga comel...tomey,tomey,tomey...


Sang matahari sudah tersenyum...redha dimakan dalam gumbira...


Bunga ros...kreatifkan cikgu-cikgu nih...memang tak salah pilih course...


Doh tema kenderaan : Yang ni tak boleh makan....


Kalau nak kn darah tinggi makanlah...hahahah



Persembahan muzik oleh cikgu-cikgu prasekolah... Kumpulan Cikgu T pun kn buat persembahan..tp tak ambil gambarlah....MALU....

Baiklah...sekian sahaja...semoga bertemu lagi di lain hari...
selamat menjalani hari-hari dengan senyuman.
Dan selamat meraikan Syaaban dan selamat menyambut kedatangan Ramadhan..
JOM BERPESTA KUMPUL PAHALA...

Tuesday, July 10, 2012

SUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH SKKF 2012

Pada 28 Jun 2012 yang lepas, sekolah cikgu T telah mengadakan Sukan Tahunan sekolah.
Kanak-kanak prasekolah juga tidak ketinggalan.
tapi bukan rezeki Cikgu T nak tengok kanak-kanak ni bersukan.
tau tak sebab ape???
sebab Cikgu T kene g Kursus Bahasa Inggeris Prasekolah.
Tapi sempat juga tengok sekejap pagi hari tu...
Di bawah ini lah gambar-gambar sukan tahunan prasekolah SKKF.. 


Kanak-kanak bersedia bermain permainan Seluar Ayah...


Kanak-kanak dikehendaki memakai seluar besar tu dan jalan pusing cone tu. Ada yang berlari, ade yang elompat...
comellll



Ni pulak permainan Ais krim gergasi... Get ready kids...one, two, three, GOOOO!!!!


KUNING,KUNING,KUNING.......MERAH,MERAH,MERAH....
Jangan makan Ais krim tu sudah...



Cepat-cepat tukar...pass pada kawan yang depan...


Bile da habis main, sume tersengeh...


Gumbire jadi kanak-kanak...hahaha...


HOOORAAAAYYY!!!! Da habis main....KAMI MENANG MOTO...hahahah
Iman Adif (kiri) dan Putri (kanan) terapunglah....
Syabas, mereka berjaya mengusai teknik apungan yang diajar...kihkihkih...

KURSUS GURU BARU 2012 DI VISTANA HOTEL.

Assalamualaikum.
kepada pengunjung-pengunjung yang disayangi sekalian, maaf cikgu T da lame tak update blog.
sibuk sikit sejak kebelakangan ni..
kursus berturut-turut..

Pada 20-21 Jun yang lepas, cikgu T menghadiri sebuah kursus guru-guru baru.
Ramai cikgu-cikgu prasekolah yang turut hadir.
kursus ni bukan utk guru yang baru lepas ijazah, tapi mengumpulkan semua guru yang baru berkhidmat dan guru yang baru berpindah ke sekolah yang lain.
Banyak input yang cikgu T dapat...
Jom tengok keadaan di sana.


Ini adalah bilik yang disediakan untuk peserta kursus sepanjang kursus. Sangat selesa. Cikgu T dok ngan Kak Is dari SK Palong 3. 


En. Sani sedang memberikan taklimat mengenai guru-guru baru. Penuh informasi dan maklumat yang terkini. Berguna untuk semua cikgu-cikgu baru.


Encik Sezali Bin Mohammad Kamal, Ketua Unit Prasekolah Jabatan Pendidikan N.Sembilan sedang memberikan ucapannya kepada guru-guru baru.




Peserta-peserta kursus yang khusyuk mendengar taklimat dan ucapan yang di berikan oleh pegawai-pegawai yang terlibat.


Haa...yang ni ketua paling tinggi ni. Hajah Ipun binti Shamsuddin, Ketua Sektor Prasekolah JPNS. Puan Hajah Ipun sedang memberi ucapan perasmiaannya. Penuh bersemangat dan harapan agar semua guru-guru baru boleh berkhidmat dengan sebaik mungkin.
InsyaAllah...

ORGANISASI SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

ks
Ketua SektorHajah Ipun Binti Shamsuddin
Tel : 06-7653210
E-Mel : aipun25@yahoo.com.my 
Ketua Unit Menengah
Encik Misri Bin Mistama
Tel :06-7653134
E-Mel : shafie.noor@moe.gov
129
Ketua Unit RendahEncik Azmi Bin Basir
Tel :06-7653109
E-Mel :
192
Ketua Unit Prasekolah
Encik Sezali Bin Mohammad Kamal
Tel :06-7653165
E-Mel :
140
Ketua Unit Perhubungan dan PendaftaranEncik Abd Razak Bin Hj Idris
Tel :06-7653122
E-Mel : ajakidris@gmail.com