Thursday, November 15, 2012

Salam Hijrah..





Semoga Tahun Hijrah kali ini lebih baik dan bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya...Bertambahnya tahun hijrah, bertambahnya usia kita...Tetapi hakikatnya semakin singkat dan dekat masa kita kembali kepada-Nya...Mudah-mudahan usia yang mendatang ini berada dalam keberkatan-Nya...Aminn..

Wednesday, November 7, 2012

LAWATAN KECEMERLANGAN PRASEKOLAH KE TERENGGANU (SK TANJUNG GELAM)



Gambar 1: Rombongan lawatan dari PPD Kuala Pilah di sambut mesra oleh warga SK Tanjung Gelam, Terengganu.


Gambar 2: Murid-murid prasekolah menyambut ketibaan guru-guru dari PPD Kuala Pilah dengan iringan selawat.



Gambar 3: Murid-murid prasekolah bersalaman dengan guru-guru.


Gambar 4: Rombongan lawatan diserikan lagi dengan persembahan dikir daripada murid-murid prasekolah SK Tanjung Gelam ini.


Gambar 5: Guru-guru bergambar berlatarkan sebuah kain rentang yang mengalu-alukan kedatangan kami dari PPD Kuala Pilah.


Gambar 6: Pintu gerbang Prasekolah SK Tanjung Gelam yang dihias rapi sesuai dengan karektor kanak-kanak.



Gambar 7: Pemandangan bahagian dalam kelas Prasekolah SK Tanjung Gelam.


Gambar 8: Guru-guru melihat dan menyemak sistem fail dalam kelas Prasekolah SK Tanjung Gelam.



Gambar 9: Terdapat enam tunjang yang di wujudkan dalam kelas prasekolah tersebut. Salah satunya adalah tunjang keterampilan diri.





 Gambar 10: Deretan al-Quran yang diletakkan di satu sudut dalam kelas prasekolah.


Gambar 9: Pemandangan dalam bahagian dapur prasekolah yang sangat ceria.



Gambar 11: Pn. Roazmizah menyerahkan cenderamata khas daripada PPD Kuala Pilah unit Prasekolah kepada Guru Besar SK Tanjung Gelam.

Thursday, October 18, 2012

SERONOKNYA BUAT & MAIN DOH!!CUTE...

Assalamualaikum...
Ha,kali ni post Cikgu T berkaitan dengan tema BUNGA. berbekalkan ilmu yang Cikgu T dapat masa pergi ke kursus di KL bulan2 lepas, Cikgu T apply la kat Pra...Jom buat clay sendiri..Gambar2 di bawah ni adalah hasil titik peluh & kreativiti kanak-kanak Pra Cikgu T sendiri tanpa bantuan @ scafholding sape2 pun...
Kanak-kanak ni memang kreatif.Terkejut Cikgu T tengok hasilnya...

Cantikkan...Pandai guna color...

Yang ni mungkin terlalu banyak berfikir nih..hihii

Ha.....siap ade pasu...& mate..huhu

Cara mudah nak buat bintik2 kat bunga,cucuk guna pensel..
Bgus2...KBKK berjalan...

Macam gambar edit pun ade kan...


Yang ni halus sikit kerjanye...


Kekangan aktiviti ni adalah masa...
masa kanak-kanak ni nak uli doh tu agak lama...
Jenuh jugak nak menanti...
Tapi x pe...hasilnyer Tip Top...huhuhu
SELAMAT MENCUBA!
cungkil bakat kanak-kanak nih...
x cuba x tau...










GRAFITI MERDEKA. MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Assalamualaikum dan salam kesyukuran daripada Cikgu T kepada semua pengunjung blog ini. Hari hari adalah hari kemerdekaan bagi kita..yela,dah lame negara kita merdeka.Sampai sekarang masih merdeka..
Antara aktiviti prasekolah Cikgu T adalah membina sebuah grafiti bertemakan kemerdekaan anjuran PPD k.Pilah..
Haaa..inilah lukisan yang Cikgu T lukis tok grafiti tu...t nak soh budak-budak pra warnakan..

Mule2 minta kanak-kanak ni warnakan gambar2 tu macam biasa.

seronok kanak-kanak ni dapat warne kat kain besar ni...Alhamdulillah kanak-kanak ni berbakat dalam mewarna menggunakan warna air...

Haaa...inilah hasilnyer....ade campurkan teknik capan sekali tu...cap guna batang dahan papaya.
Cantik kan....Cikgu T tak tolong warna pun...100% kanak-kanak pra ni yang buat..

JOM TANAM TAUGEH!!

Pada minggu ni Tema Prasekolah adalah tumbuh-tumbuhan. Dah lame da aktiviti ni dijalankan..cume baru sekarang Cikgu T berkesempatan tok update blog..
Maaf sangat2 sebab terlalu bz sejak kebelakangan ni...
Objektif utama Cikgu T adalah untuk menunjukkan kepada murid-murid pra ni yang bahagian tumbuhan asasnye mesti ada akar, batang, dan daun. Tumbuhan juga nak air, cahaya, dan udara.

Budak-budak ni xcited sangat bile tengak biji kacang yang mereka letak kat tisu basah tu da tumbuh.Seronok tengok..

Haa..yang ni pulak Cikgu T buat peringkat2 pertumbuhannyer... Dari kacang sikit-sikit jadi pokok taugeh..
Kalau dalam Prasekolah, aktiviti ni dinamakan projek jangka pendek..dalam 2 hari da dapat hasil..
Cubelah...Dedahkan murid-murid dengan pengetahuan sains secara dekat..simple, mudah, murah dan efektif..hehehe..

Monday, August 20, 2012

Eid Mubarak!


Syawal..Hari kemenangan..



Gambar ni mengingatkan Cikgu T pada sahabat tercinta...
Pada kesempatan ini, Cikgu T ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali Cikgu T dan juga kepada semua pengunjung blog ini...



Tuesday, July 31, 2012

JOM BUAT KOLAJ


Assalamualaikum semua..
Post kali nie akan mendedahkan cara yang mudah untuk menghasilkan kolaj.
Kali ini, di bawah tema haiwan di air.

Mudah je...
Langkah pertama, beri satu beg plastik kepada setiap murid.
Langkah yang ke dua, bawa murid-murid prasekolah ke luar dan carilah pelbagai jenis ranting, batu, daun dan pelbagai lagi bahan-bahan alam semula jadi yang ada dalam kawasan sekolah. Masukkan setiap bahan yang diambil dalam beg plastik masing-masing.
Langkah seterusnya, bawa semula murid-murid ini ke dalam kelas dan mula merancang dan membentuk kolaj ikan menggunakan bahan-bahan tersebut.
Biar murid-murid buat sendiri dan guru hanya perlu beri idea tambahan.
Beri gam dan kertas A4 bewarna biru dan mereka akan mula berfikir...
YES! Kanak-kanak memang kraetif...
Tengok la hasilnya....
JENG,JENG,JEEENG......

Cantikkan....
Well, selamat mencuba...

Thursday, July 12, 2012

KURSUS BAHASA INGGERIS GURU PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya update blog ni walaupun sentiasa ditinggalkan masa.huhu
Okay, untuk makluman para pengunjung, Unit Prasekolah di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan memang sangat aktif.
Objektif kursus ni adalah untuk meningkatkan Profesionalisme BI dalam kalangan Guru Prasekolah.
Kali ini kursus diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur.
Best sangat...


Cikgu T da dapat ramai kawan baru...
yang ke 2 dari kiri tu Ilah. yang lain dalam proses nak kenal...hahaha



Kami telah diamalikan cara membina model-model objek menggunakan tepung, garam, food colouring, air dan minyak. Haaa...,tengok tu...orang yang da tua pun seronok buat doh ni...bolehla praktikkan dalam prasekolah masing-masing nanti.

Antara contoh-contoh model yang telah dibina adalah seperti di bawah:


Haaa...ini adalah model buah-buahan yang telah dibuat oleh kumpulan Cikgu T.
comel kan...Ape yang penting...kerjasama!


Haaa...tak leh makan tau burger ni...tengok aje bleh...


Ni la Cikgu Illah n Cikgu Hatta. Nadi kumpulan Cikgu T.takde diorang ni, msti senyap sunyilah group Cikgu T tu..


Doh makanan barat : Burger, roti pak cik John, kentang goreng n sandwich.


Doh kuih tradisional : ade kuih ketayap, donat, big apple nye donat pun ade, karipuff, buah melaka, n kuih lapis.


Doh makanan emmmm...ni kategori ape ek? Ni nasi ujan panas nih...ade ayam goreng, telur n timun..


Okay, yang ni special sangat tau..percaya tak doh yang ni boleh makan...iye...boleh makan...
bahan-bahan nye simple : susu tepung, madu, n peanut butter.Pas tu buh la food colouring yang sesuai...
SEDAAAAAP.....


Bunga matahari....nape bersedih nie....jgn sedih tau...jap g kne makan...hahaha


Bunga comel...tomey,tomey,tomey...


Sang matahari sudah tersenyum...redha dimakan dalam gumbira...


Bunga ros...kreatifkan cikgu-cikgu nih...memang tak salah pilih course...


Doh tema kenderaan : Yang ni tak boleh makan....


Kalau nak kn darah tinggi makanlah...hahahah



Persembahan muzik oleh cikgu-cikgu prasekolah... Kumpulan Cikgu T pun kn buat persembahan..tp tak ambil gambarlah....MALU....

Baiklah...sekian sahaja...semoga bertemu lagi di lain hari...
selamat menjalani hari-hari dengan senyuman.
Dan selamat meraikan Syaaban dan selamat menyambut kedatangan Ramadhan..
JOM BERPESTA KUMPUL PAHALA...