Tuesday, July 31, 2012

JOM BUAT KOLAJ


Assalamualaikum semua..
Post kali nie akan mendedahkan cara yang mudah untuk menghasilkan kolaj.
Kali ini, di bawah tema haiwan di air.

Mudah je...
Langkah pertama, beri satu beg plastik kepada setiap murid.
Langkah yang ke dua, bawa murid-murid prasekolah ke luar dan carilah pelbagai jenis ranting, batu, daun dan pelbagai lagi bahan-bahan alam semula jadi yang ada dalam kawasan sekolah. Masukkan setiap bahan yang diambil dalam beg plastik masing-masing.
Langkah seterusnya, bawa semula murid-murid ini ke dalam kelas dan mula merancang dan membentuk kolaj ikan menggunakan bahan-bahan tersebut.
Biar murid-murid buat sendiri dan guru hanya perlu beri idea tambahan.
Beri gam dan kertas A4 bewarna biru dan mereka akan mula berfikir...
YES! Kanak-kanak memang kraetif...
Tengok la hasilnya....
JENG,JENG,JEEENG......

Cantikkan....
Well, selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment