Thursday, July 12, 2012

KURSUS BAHASA INGGERIS GURU PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya update blog ni walaupun sentiasa ditinggalkan masa.huhu
Okay, untuk makluman para pengunjung, Unit Prasekolah di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan memang sangat aktif.
Objektif kursus ni adalah untuk meningkatkan Profesionalisme BI dalam kalangan Guru Prasekolah.
Kali ini kursus diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur.
Best sangat...


Cikgu T da dapat ramai kawan baru...
yang ke 2 dari kiri tu Ilah. yang lain dalam proses nak kenal...hahaha



Kami telah diamalikan cara membina model-model objek menggunakan tepung, garam, food colouring, air dan minyak. Haaa...,tengok tu...orang yang da tua pun seronok buat doh ni...bolehla praktikkan dalam prasekolah masing-masing nanti.

Antara contoh-contoh model yang telah dibina adalah seperti di bawah:


Haaa...ini adalah model buah-buahan yang telah dibuat oleh kumpulan Cikgu T.
comel kan...Ape yang penting...kerjasama!


Haaa...tak leh makan tau burger ni...tengok aje bleh...


Ni la Cikgu Illah n Cikgu Hatta. Nadi kumpulan Cikgu T.takde diorang ni, msti senyap sunyilah group Cikgu T tu..


Doh makanan barat : Burger, roti pak cik John, kentang goreng n sandwich.


Doh kuih tradisional : ade kuih ketayap, donat, big apple nye donat pun ade, karipuff, buah melaka, n kuih lapis.


Doh makanan emmmm...ni kategori ape ek? Ni nasi ujan panas nih...ade ayam goreng, telur n timun..


Okay, yang ni special sangat tau..percaya tak doh yang ni boleh makan...iye...boleh makan...
bahan-bahan nye simple : susu tepung, madu, n peanut butter.Pas tu buh la food colouring yang sesuai...
SEDAAAAAP.....


Bunga matahari....nape bersedih nie....jgn sedih tau...jap g kne makan...hahaha


Bunga comel...tomey,tomey,tomey...


Sang matahari sudah tersenyum...redha dimakan dalam gumbira...


Bunga ros...kreatifkan cikgu-cikgu nih...memang tak salah pilih course...


Doh tema kenderaan : Yang ni tak boleh makan....


Kalau nak kn darah tinggi makanlah...hahahah



Persembahan muzik oleh cikgu-cikgu prasekolah... Kumpulan Cikgu T pun kn buat persembahan..tp tak ambil gambarlah....MALU....

Baiklah...sekian sahaja...semoga bertemu lagi di lain hari...
selamat menjalani hari-hari dengan senyuman.
Dan selamat meraikan Syaaban dan selamat menyambut kedatangan Ramadhan..
JOM BERPESTA KUMPUL PAHALA...

Tuesday, July 10, 2012

SUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH SKKF 2012

Pada 28 Jun 2012 yang lepas, sekolah cikgu T telah mengadakan Sukan Tahunan sekolah.
Kanak-kanak prasekolah juga tidak ketinggalan.
tapi bukan rezeki Cikgu T nak tengok kanak-kanak ni bersukan.
tau tak sebab ape???
sebab Cikgu T kene g Kursus Bahasa Inggeris Prasekolah.
Tapi sempat juga tengok sekejap pagi hari tu...
Di bawah ini lah gambar-gambar sukan tahunan prasekolah SKKF.. 


Kanak-kanak bersedia bermain permainan Seluar Ayah...


Kanak-kanak dikehendaki memakai seluar besar tu dan jalan pusing cone tu. Ada yang berlari, ade yang elompat...
comellll



Ni pulak permainan Ais krim gergasi... Get ready kids...one, two, three, GOOOO!!!!


KUNING,KUNING,KUNING.......MERAH,MERAH,MERAH....
Jangan makan Ais krim tu sudah...



Cepat-cepat tukar...pass pada kawan yang depan...


Bile da habis main, sume tersengeh...


Gumbire jadi kanak-kanak...hahaha...


HOOORAAAAYYY!!!! Da habis main....KAMI MENANG MOTO...hahahah
Iman Adif (kiri) dan Putri (kanan) terapunglah....
Syabas, mereka berjaya mengusai teknik apungan yang diajar...kihkihkih...

KURSUS GURU BARU 2012 DI VISTANA HOTEL.

Assalamualaikum.
kepada pengunjung-pengunjung yang disayangi sekalian, maaf cikgu T da lame tak update blog.
sibuk sikit sejak kebelakangan ni..
kursus berturut-turut..

Pada 20-21 Jun yang lepas, cikgu T menghadiri sebuah kursus guru-guru baru.
Ramai cikgu-cikgu prasekolah yang turut hadir.
kursus ni bukan utk guru yang baru lepas ijazah, tapi mengumpulkan semua guru yang baru berkhidmat dan guru yang baru berpindah ke sekolah yang lain.
Banyak input yang cikgu T dapat...
Jom tengok keadaan di sana.


Ini adalah bilik yang disediakan untuk peserta kursus sepanjang kursus. Sangat selesa. Cikgu T dok ngan Kak Is dari SK Palong 3. 


En. Sani sedang memberikan taklimat mengenai guru-guru baru. Penuh informasi dan maklumat yang terkini. Berguna untuk semua cikgu-cikgu baru.


Encik Sezali Bin Mohammad Kamal, Ketua Unit Prasekolah Jabatan Pendidikan N.Sembilan sedang memberikan ucapannya kepada guru-guru baru.




Peserta-peserta kursus yang khusyuk mendengar taklimat dan ucapan yang di berikan oleh pegawai-pegawai yang terlibat.


Haa...yang ni ketua paling tinggi ni. Hajah Ipun binti Shamsuddin, Ketua Sektor Prasekolah JPNS. Puan Hajah Ipun sedang memberi ucapan perasmiaannya. Penuh bersemangat dan harapan agar semua guru-guru baru boleh berkhidmat dengan sebaik mungkin.
InsyaAllah...

ORGANISASI SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

ks
Ketua SektorHajah Ipun Binti Shamsuddin
Tel : 06-7653210
E-Mel : aipun25@yahoo.com.my 
Ketua Unit Menengah
Encik Misri Bin Mistama
Tel :06-7653134
E-Mel : shafie.noor@moe.gov
129
Ketua Unit RendahEncik Azmi Bin Basir
Tel :06-7653109
E-Mel :
192
Ketua Unit Prasekolah
Encik Sezali Bin Mohammad Kamal
Tel :06-7653165
E-Mel :
140
Ketua Unit Perhubungan dan PendaftaranEncik Abd Razak Bin Hj Idris
Tel :06-7653122
E-Mel : ajakidris@gmail.com


Sunday, May 27, 2012

SAMBUTAN HARI GURU SKKF

Assalamualaikum.
Pada minggu lepas, sekolah Cikgu T mengadakan majlis sambutan hari guru. Meriah juga. Jom kita tengok apa yang berlaku semasa majlis tersebut.







Haaa...ini team kompang kat sekolah ni...siap berbaju 1 Malaysia lagi..huh..bersemangat betul...




Semua guru dan staf sokongan berarak masuk ke dalam dewan. Murid-murid semua dah bersedia menanti guru kesayangan mereka di dalam dewan.





Inilah kek 3 tingkat special di hari guru ni...
Hari lain x dapat tau...
Specialnyerrr cikgu2 kat cni kan....






Inilah hadiah yang Cikgu T dapat sempena hari guru nih...Terharu betul..ini la pertama kali sambut hari guru dan pertama kali dapat hadiah yang banyak camni...
Besday Cikgu T pun x dapat hadiah banyak ni tau...
Ini menunjukkan murd2 di sini sangat menghargai guru2yer....


MARI MENGHIAS KEK !


Assalamualaikum.
Hari ini Cikgu T akan mengendalikan kelas menghias kek.
Simple and easy for kids. They will love it.




Bahan-bahan utama adalah colourful chocolate rice, bunga hiasan, kek gulung dan coklat cair.


Coklat cair ni dari coklat masakan yang keras macam kayu tu. Cara nak cairkan  coklat  ni mesti dipanaskan melalui air tau.Jangan direct guna api.nanti hangus.

Dah lengkap bahan-bahannyer....Jom kite mulakan..
1. Letakkan kek atas pinggan.
2. Letakkan 2 sudu coklat cair atas kek
3. letakkan coklat rice atas permukaan coklat cair
4. Letakkan bunga hiasan atas kek.
5. SIAP!!!!!

Senangkan....
Tengok anak-anak cilik ni hias kek.
Semua tersenyum gumbira.
Ada bakat buka bakery nih...huhuhu
SELAMAT MENCUBA!!!!


GREEN GROUP


YELLOW GROUP


PEACH GROUP


RED GROUP


BLUE GROUP

Sunday, May 20, 2012

PRASEKOLAH TAMAN PELANGI..



Assalamualaikum kepada pengunjung2 blog pra skkf. Di sini sy ada upload beberapa gambar kawasan sekeliling pra ini. Cantik dan mendamaikan. Ini adalah taman permainan di pra kami. Ada 4 jenis permainan.Buai, gayut2, jongkang jongket, gelongsor dan terowong.


 Ini adalah pemandangan hadapan daripada pintu pagar pra.Tempat duduk tu adalah untuk parent2 yang datang hantar anak/cucu waktu pagi. kadang-kadang cikgunye datang lewat daripada waris2 budak2 nih..huhuhu


 Ruang makan kanak-kanak pra.


 Bilik sakit. Kalau ada murid2 yang kurang sihat, sy bw la mrk ke bilik ni utk berehat. Biasanye ramai yang nak terus belajar daripada duduk kat bilik ni...rajin betul khalifah2 cilik ni nak menimba ilmu..

 Bilik tayangan.


 ruang belajar kanak-kanak pra. ada lima kumpulan.merah, pic, biru, hijau dan kuning. Setiap kumpulan ada lima ahli.



Inilah tempat gurunye...sangat strategik sebab nampak ape yang kanak-kanak nie buat.kalau x buat keje,ha...kenela...huhuhu...